Instagram Hadir Dengan Aplikasi IGTV Yang Dikhususkan Untuk Perkongsian Video Panjang Comments Off on Instagram Hadir Dengan Aplikasi IGTV Yang Dikhususkan Untuk Perkongsian Video Panjang

Awal bulan Jun yang lalu, kami ada berkongsi dengan pembaca bahawa Instagram bercadang untuk memperkenalkan sokongan video berdurasi sehingga 60 minit, dan nampaknya hasrat itu telah direalisasikan melalui pelancaran aplikasi baharunya iaitu IGTV untuk peranti iOS dan Android.

Berbeza dengan perkongsian video pada aplikasi Instagram yang terhad untuk video pendek, aplikasi IGTV membolehkan pemilik akaun Instagram untuk memuat naik video panjang mencecah sehingga satu jam. Pengumuman fungsi Instagram TV atau IGTV ini dibuat sempena pencapaian Instagram yang kini mencatatkan satu bilion pengguna aktif setiap bulan.

Lebih menariknya, perkongsian video itu boleh dibuat dalam mod menegak bagi memastikan pengalaman penggunaan yang lebih sempurna kepada pengguna. Bahkan IGTV juga tidak akan memaparkan kandungan video berbayar ataupun pengiklanan, tetapi ia merancang untuk memastikan perkongsian video yang popular akan dibayar setimpal dengan usaha mereka.

Muat turun aplikasi IGTV:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend