
Bagi memastikan jumlah pengguna yang ramai dan dalam masa yang sama menarik minat pengguna baharu, pembangun aplikasi sosial sudah tentunya perlu tampil dengan berbagai fungsi serta ciri baharu.
Instagram yang merupakan salah satu daripada aplikasi sosial yang memiliki pengguna aktif yang sangat tinggi dari seluruh dunia, nampaknya turut berusaha dalam mempertingkatkan servis yang ditawarkannya. Terbaru, seorang pemilik akaun Twitter terkenal iaitu Guilherme Rambo dikatakan telah berjaya menemui satu fungsi baharu Instagram iaitu keupayaan untuk membuat panggilan audio dan juga video.
Instagram video chat is also coming to iOS (but it's clearly not ready just yet) https://t.co/JagC5ChC99 pic.twitter.com/vZjtrCtWwF
— Guilherme Rambo (@_inside) March 2, 2018
Kehadiran fungsi baharu pada Instagram ini telah dibuktikan melalui penemuan antaramuka panggilan pada peranti iOS miliknya. Sungguhpun begitu, fungsi itu masih lagi belum boleh digunakan buat masa ini.