Ini Respon Ren Zhengfei Berkenaan Sekatan Penuh A.S Kepada Huawei Comments Off on Ini Respon Ren Zhengfei Berkenaan Sekatan Penuh A.S Kepada Huawei 928

Pada 21 Mei 2019, satu temu ramah bersama Pengasas Huawei, Ren Zhenfei telah diadakan di Shenzhen. Temu ramah ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan respon beliau mengenai sekatan menyeluruh A.S kepada syarikatnya.

“Lesen sementara 90-hari penting untuk syarikat: Perkara paling penting adalah memastikan kami menyelesaikan kerja kami dengan betul”

Ren Zhengfei berkata sepanjang tempoh 90 hari lesen sementara diberikan, Huawei dapat memberikan kemas kini terbaru untuk telefon pintar sedia ada Huawei / Honor. Ia adalah perkara paling penting bagi Huawei dan apa yang dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah perkara yang mereka tidak mampu mengawalnya.

“Bukan mudah untuk mengecualikan cip dari A.S: Kami tidak akan dipinggirkan di dunia ini”

Beliau menekankan bahawa Huawei tidak terlalu terdesak untuk menggunakan cip dari A.S, malah kos cip Huawei sendiri lebih murah. Pada masa sama, beliau memberitahu syarikatnya sedang membangunkan teknologi cip yang terkini.

Ren memberitahu Huawei bukanlah tidak akan membeli cip dari A.S tetapi Huawei sendiri boleh membangunkan dan menghasilkan cip berkualiti sama seperti A.S malah syarikatnya juga tidak akan dipinggirkan di dunia ini. Beliau menambah, “Pada masa akan datang, kami tetap akan membeli cip dari A.S pada skala besar. Namun, sekiranya bekalannya tidak mencukupi, barulah kami akan menggunakan cip kami sendiri.”

“Teknologi 5G Huawei tidak akan terkesan kerana pembekal lain masih ketinggalan dua ke tiga tahun di belakang”

Ren menyatakan keyakinan beliau terhadap pembangunan teknologi 5G, memaklumkan ia tidak akan terkesan dengan sekatan yang dilakukan A.S.

Beliau berkata, daripada segi kepakaran teknologi cip, Huawei perlu belajar dari A.S. Tetapi jika sebut tentang teknologi 5G, Huawei masih lagi di hadapan namun begitu beliau tidak menafikan jurang antara A.S dan China masih lagi jauh.

Melalui kerjasama dengan syarikat Eropah, Ren memaklumkan “Syarikat Eropah bekerjasama sangat rapat dengan kami, teknologi 5G mereka adalah 20 kali daripada 4G, 10,000 kali daripada 2G, menjadikan penggunaan kuasa dapat diturunkan kepada 10 kali dan jumlah dikurangkan kepada 70%. Kami memiliki bahan yang tidak dapat dihapuskan sekaligus sangat sesuai kepada Eropah.”

“Adalah sukar untuk membuat cip sendiri, tetapi usaha ini sangat berbaloi sehingga ke penghujungnya”

Bila Ren menjawab pertanyaan mengenai cip, beliau berkata ia adalah sukar buat Huawei untuk menghasilkan cip sendiri. Tetapi mereka telah melakukannya selama bertahun-tahun, jadi hasilnya akan datang pada masa kelak.

Pada akhir temu ramah, wartawan telah bertanya kepada Ren, “28 tahun dahulu, Huawei mengambil keputusan untuk menyediakan jabatan rekaan litar berintegrasi. Jika, cip dari A.S tidak dapat dibekalkan, bagaimana Huawei mampu menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan?

Ren menjawab “Pada kemuncak ini, kami sedang menghadapi konflik dengan A.S, tetapi pada penghujungnya, kami akan menyumbangkan sesuatu antara satu sama lain atas dasar kemanusiaan.

Beliau memberitahu, syarikatnya kini ‘bersedia sepenuhnya’ untuk konflik dengan A.S. Tambah beliau, Huawei telah membayar cukai tahunan hampir $20 bilion, menyuntik dana untuk teknologi hampir $20 bilion juga, dan mengupah buruh mencecah $30 bilion.

Dalam pada itu, ia juga agak sukar untuk Huawei melaburkan lebih banyak wang untuk perkara lain, tetapi memandangkan mereka telah berusaha untuk sekian lama, ia pasti akan membuahkan hasil.

Pada akhir temu ramah, Ren sekali lagi menekankan bahawa Huawei akan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggannya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend