Ini Merupakan Tawaran Sepanjang Kempen “HUAWEI Online IT Fair” Pada 1 Julai Hingga 8 Julai 2019 Comments Off on Ini Merupakan Tawaran Sepanjang Kempen “HUAWEI Online IT Fair” Pada 1 Julai Hingga 8 Julai 2019 285

Semalam kami ada memberitahu bahawa HUAWEI Malaysia akan mengadakan promosi menarik pada minggu ini di kedai dalam talian rasmi mereka. Selepas semakan dibuat sebentar tadi kami mendapati tawaran diskaun yang ditawarkan meliputi pelbagai kategori seperti “RM20 Vouchers”, “Free Gift”, “Daily Flash Deals”, dan “Spin and Win”.

Sekiranya anda sudah mempunyai akaun HUAWEI Online Store, anda boleh mendapatkan baucar bernilai RM20 untuk digunakan dalam mana-mana pembelian bermula hari ini hingga Isnin depan (8 Julai 2019).

Bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar HUAWEI Mate 20 Pro pula, baucar sebanyak RM400 ditawarkan kepada anda. Baucar ini sekaligus menjadikan harga peranti turun kepada RM2,599 (RRP RM2,999). Tidak cukup dengan itu, pihak HUAWEI turut menyertakan hadiah bernilai RM375.

Dibawah merupakan senarai harga peranti dengan hadiah percuma:

  • HUAWEI P30 Pro: RM3,399 (RRP RM3,799) + Snorkeling case + fon telinga Bluetooth + pengecas kereta SuperCharge (bernilai RM760)
  • HUAWEI P30: RM2,299 (RRP RM2,699) + Wireless charging case (bernilai RM268)
  • HUAWEI nova 3i: RM799 (RRP RM899) + Sport Band 3 (bernilai RM239)
  • HUAWEI nova 4: RM1,699 (RRP RM1,899) + Sport Band 3 + pengecas kereta QuickCharge + set pengecas QuickCharge (bernilai RM374)
  • HUAWEI Y5 2019: RM459 + fon telinga + botol air + pop socket (bernilai RM92)
  • HUAWEI Y7 2019: RM649 + fon telinga + botol air + pop socket + foldable travel bag (bernilai RM161)
  • HUAWEI Y9 2019: RM819 + A2 Band + fon telinga + botol air + pop socket (bernilai RM261)
  • HUAWEI Y MAX: RM1,299 + Flip cover + fon telinga + botol air + set pengecas QuickCharge + pengecas kereta QuickCharge + pop socket (bernilai RM305)
  • HUAWEI MateBook X Pro: RM4,999 + HUAWEI M3 Lite + Laptop backpack + Bluetooth mouse (bernilai RM1,487)
  • HUAWEI MateBook 13: RM3,999 + Laptop backpack + Bluetooth mouse (bernilai RM498)
  • HUAWEI MateBook D: RM2,999 + Laptop backpack + Bluetooth mouse + Office 365 + baucar RM100 (bernilai RM857)
  • HUAWEI Watch GT: RM799 + Body fat scale (bernilai RM196)
  • HUAWEI TalkBand B5: RM599 + baucar RM150
  • HUAWEI MediaPad T5: RM999 + Swan Bluetooth speaker (bernilai RM129)

Daily Flash Deals berlangsung setiap hari pada jam 12 tengah hari:

  • 1 Julai 2019: HUAWEI WiFi Q2 = RM499 (RRP RM999)
  • 2 Julai 2019: HUAWEI MateBook 13 (i5) + Laptop backpack + Bluetooth mouse = RM3,599 (RRP RM3,999)
  • 2 Julai 2019: HUAWEI MateBook 13 (i7) + Laptop backpack + Bluetooth mouse = RM3,999 (RRP RM4,399)
  • 3 Julai 2019: HUAWEI M3 Lite (gold) = RM599 (RRP RM989)
  • 3 Julai 2019: HUAWEI TalkBand B5 = RM449 (RRP RM599)
  • 4 Julai 2019: HUAWEI MateBook 13 (i5) + Laptop backpack + Bluetooth mouse = RM3,599 (RRP RM3,999)
  • 4 Julai 2019: HUAWEI MateBook 13 (i7) + Laptop backpack + Bluetooth mouse = RM3,999 (RRP RM4,399)

Anda juga berpeluang mendapatkan baucar sehingga RM1,000 atau hadiah dalam Spin & Win dengan hanya log-masuk akaun untuk putar roda hadiah. Setiap pengguna akan diberikan dua kali peluang memutarkan roda hadiah setiap hari sepanjang kempen.

  • 1x = RM1,000 baucar dalam talian
  • 5x = RM200 baucar dalam talian
  • 50x = HUAWEI AM61 Bluetooth Earphone
  • 50x = HUAWEI AP38 Car Charger (SuperCharge)
  • 7x = HUAWEI Backpack
  • 300x = Botol air

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh terus melayari laman rasmi kedai dalam talian HUAWEI di sini.

Baca juga:

HUAWEI P30 Pro, P30 Dan Nova 3i Kini Dijual Pada Harga Diskaun Sehingga RM400 – Hingga 30 September 2019

Nikmati Jaminan Waranti 2 Tahun Untuk Model Terpilih HUAWEI – 1 Julai Hingga 30 September 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend