
nubia Technologies mula ditubuhkan pada tahun 2012 oleh ZTE yang mana merupakan sub-jenama kepada pengeluar alat telekomunikasi antara yang terbesar dari China. Namun pada 2015 nubia telah dikeluarkan untuk beroperasi sebagai syarikat tersendiri malah telah mendapat pembiayaan daripada Suning Holdings Group dan Suning Commerce Group setahun selepas itu.
Sejak dari itu, nubia dikenali dengan satu logo sahaja iaitu logo yang dibaca lain daripada apa yang ditulis – ‘nu’oio’ disebut sebagai ‘nubia’.
Hari ini kekeliruan itu telah diselesaikan apabila nubia mengumumkan imej jenama dan logo baharu. Kini logo itu mudah dibaca dengan muka taip yang masih mengekalkan huruf kecil. Disamping itu slogan syarikat turut diletakkan bersama – Be Yourself.
Menurut CEO syarikat, Ni Fei turut menyatakan bahawa syarikatnya memperkenalkan imej jenama baharu ini adalah untuk mensasarkan golongan muda-mudi dari generasi-Z masa kini.
Bagaimanpun beliau tidak mendedahkan model peranti apakah yang akan mula menggunakan logo baharu ini.
Baca juga: