Ini Adalah Rupa Hospital Baharu Di Wuhan Setelah Siap Dalam Masa 10 Hari Comments Off on Ini Adalah Rupa Hospital Baharu Di Wuhan Setelah Siap Dalam Masa 10 Hari

Kita sedia tahu bahawa sektor pengeluaran di China sangat cekap dan ini tidak dapat dinafikan apabila kebanyakan syarikat membuka kilang pengeluaran di sana.

Kelebihan ini turut diperlihatkan dalam sektor pembinaan apabila sebuah hospital baharu yang mampu memuatkan 1000 katil telah berjaya disiapkan dalam masa 10 hari.

Terletak di bandar Wuhan, Hospital Huoshenshan dibangunkan melalui konsep pasang-siap bertujuan untuk menyediakan katil tambahan pada kadar segera khusunya bagi pesakit Koronavirus yang terlalu ramai.

Pembinaan hospital ini telah memerah tenaga lebih daripada 7000 pekerja dengan bantuan trak tentera dan eskavator selama 24 jam tanpa henti.

China pernah membina hospital sebegini di Beijing pada tahun 2003 apabila SARS melanda dunia. Dengan pengalaman yang ada, hospital tambahan pada kali ini tidak lagi mustahil untuk direalisasikan.

Dengan kekayaan yang dimiliki kerajaan China serta peralatan perubatan yang diperbuat di sana, Hospital Huoshenshan turut menyediakan mesin imbasan MRI untuk merawat pesakit. Selain itu, ratusan doktor tentera telah dikerahkan ke Wuhan bagi misi bantuan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend