Individu Ke-10 Dijangkiti Koronavirus Di Malaysia Adalah Dari Selangor Comments Off on Individu Ke-10 Dijangkiti Koronavirus Di Malaysia Adalah Dari Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini telah membuat kenyataan rasmi berkenaan kes Koronavirus yang dikenal pasti di negara ini melibatkan dua kes baharu dikesan.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga China berusia 63 tahun dan seorang lagi rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

Sejarah menunjukkan lelaki tempatan itu pernah mengunjungi Singapura untuk mesyuarat yang turut dihadiri delegasi antarabangsa termasuk dari China. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak Singapura selepas dihubungi KKM.

Individu tersebut mengalami simptom seperti deman dan batuk serta telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor. Beliau akhirnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari kerana dikhuatiri 2019-nCoV dan telah disahkan positif pada 3 Februari 2020.

Menurut KKM, kedua-dua pesakit itu kini berada di wad isolasi dan dalam keadaan stabil.

Dengan bukti ini, ia menyangkal dakwaan yang dibuat sesetengah pihak yang mengatakan koronavirus hanya boleh dijangkiti sekiranya individu tersebut pernah berada di tempat ia berpunca.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend