Imej Rasmi Xiaomi CC9 Dalam Warna ‘Putih Mutiara’ Mula Dikongsikan, Bakal Dilancarkan Pada 2 Julai 2019 Comments Off on Imej Rasmi Xiaomi CC9 Dalam Warna ‘Putih Mutiara’ Mula Dikongsikan, Bakal Dilancarkan Pada 2 Julai 2019 316

Xiaomi sebelum ini telah dilaporkan akan memperkenalkan siri baharu yang akan tampil dengan menggunakan nama ‘Xiaomi CC’, selain daripada siri sedia ada yang sememangnya popular iaitu siri ‘Mi’. Bahkan setakat ini kita juga telah sedia maklum bahawa Xiaomi bakal memperkenalkan dua model dalam siri ini iaitu CC9 dan juga CC9e.

Selepas pelbagai berita dan juga khabar angin tentang siri Xiaomi CC ini tertiris di Internet, akhirnya imej rasmi untuk model Xiaomi CC9 sudah mula dikongsikan di laman Weibo. Walau bagaimanapun hanya bahagian belakang panelnya sahaja dikongsikan kepada umum, dan ia didatangkan dalam warna yang dikenali sebagai ‘White Edition’.

Dengan sentuhan warna seperti permukaan mutiara, Xiaomi CC9 tersedia dengan sokongan tiga kamera 48MP yang disusun secara menegak. Berbeza dengan telefon pintar Xiaomi sebelum ini yang menampilkan cetakan logo ‘Mi’ pada panel belakangnya, siri CC ini menjanjikan sedikit kelainan dengan penggunaan cetakan logo ‘xiaomi’ yang pada pendapat kami kelihatan lebih kemas.

Logo ‘Mi’ kini sudah digantikan dengan logo ‘xiaomi’ pada siri Xiaomi CC.

Berdasarkan imej rasmi yang dikongsikan itu juga, Xiaomi CC9 turut menyokong port USB Type-C, dengan lubang speaker dan mikrofon yang memiliki rekaan simetri. CEO Lei Jun menggelarkan warna ini sebagai ‘Romantic White’, tetapi buat masa ini Xiaomi masih lagi belum memberikan nama rasmi untuk warna tersebut.

Kotak pembungkusan Xiaomi CC9 yang tertiris sebelum ini.

Setakat yang diketahui, Xiaomi CC9 akan dikuasakan dengan Snapdragon 730, 8GB RAM, ruang storan 256GB, dan juga tersedia dengan tiga kamera 48MP menggunakan sensor Sony IMX586. Ia juga akan dioperasikan dengan antaramuka MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie. Bagi mendapatkan maklumat rasmi, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 2 Julai 2019 nanti.

Baca juga:

CEO Xiaomi Sahkan Mi Max 4 Atau Mi Note 4 Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend