Imej Poster Siri HUAWEI Mate 30 Tertiris, Dedah Sokongan Kirin 990 Dan Empat Kamera ‘Super Sensing’ Comments Off on Imej Poster Siri HUAWEI Mate 30 Tertiris, Dedah Sokongan Kirin 990 Dan Empat Kamera ‘Super Sensing’

Benar atau tidak, baru-baru ini sebuah imej yang didakwa merupakan poster rasmi yang akan digunakan untuk siri HUAWEI Mate 30 telah mula dikongsikan di laman Weibo dan juga turut dimuat naik ke Twitter. Berdasarkan daripada poster tersebut, ia telah mendedahkan rekaan HUAWEI Mate 30 Pro yang menampilkan sokongan takuk lebar dan juga empat kamera matriks dengan rekaan permukaan bulat.

Berdasarkan imej yang tertiris itu juga, HUAWEI dikatakan akan menampilkan sokongan cipset Kirin 990, empat kamera dengan ciri Super Sensing Movie, dan juga teknologi pengecasan pantas. Walau bagaimanapun kesahihan imej poster ini masih lagi belum dapat dipastikan sama ada benar ataupun tidak.

Selain mendaftar tanda dagangan untuk nama ‘Cine-Lens’, HUAWEI juga sebelum ini telahpun memohon tanda dagangan untuk nama ‘Super Sensing’.

Menurut perkongsian portal HuaweiCentral, HUAWEI Mate 30 Pro akan menyokong konfigurasi empat kamera yang terdiri daripada lensa dedikasi untuk rakaman video + lensa Super Sensing + lensa Telephoto + lensa 3D Depth Sensing. Manakala Mate 30 pula dikatakan akan menampilkan sokongan tiga kamera Super Sensing, tetapi tidak dapat dipastikan akan menyokong lensa khas rakaman video ataupun tidak.

Baca juga:

HUAWEI Dijangka Akan Perkenalkan Kirin 990 Dan Kirin 985 Untuk Siri Mate 30 Bulan Depan

HUAWEI Mate 30 Pro Dipercayai Menampilkan Rekaan Kamera Matriks Dengan Sokongan ‘Cine-Lens’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend