Imej Poster HONOR 9X Lite Mula Tertiris Dengan Sokongan Dwi Kamera 48MP Comments Off on Imej Poster HONOR 9X Lite Mula Tertiris Dengan Sokongan Dwi Kamera 48MP

Selepas hadir dengan model HONOR 9X untuk pasaran global termasuk di Malaysia, kini HONOR dijangka akan tampil pula dengan model lebih mampu milik iaitu HONOR 9X Lite.

Perkara ini didedahkan selepas imej poster HONOR 9X Lite dengan membawa slogan ‘XTRAORDINARY PHOTOGRAPHER with 48MP DUAL CAMERA’ mula tertiris di Internet.

Sebagaimana yang dapat dilihat, HONOR 9X Lite bakal diperkenalkan dengan sokongan dwi kamera utama dengan resolusi mencecah sehingga 48MP. Berbeza dengan rekaan HONOR 9X, peranti ini menampilkan rekaan kamera yang menjadi trend pengeluar sekarang ini.

Hadir dalam tiga varian berbeza iaitu dengan nombor model JSN-L21, JSN-L22, dan JSN-L23, HONOR 9X Lite berkemungkinan besar akan masih dikuasakan dengan cipset Kirin 710F sama seperti HONOR 9X sebelum ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend