Imej Pengolokan ZTE Axon S Tertiris Dengan Rekaan Gelongsor Sisi, Tiga Kamera Dan Xenon Flash Comments Off on Imej Pengolokan ZTE Axon S Tertiris Dengan Rekaan Gelongsor Sisi, Tiga Kamera Dan Xenon Flash

Tahun 2019 ini boleh dianggap sebagai tahun para pengeluar mula mengimplementasikan rekaan skrin penuh pada peranti keluaran mereka. Malah ZTE juga nampaknya tidak terkecuali apabila imej pengolokan ZTE Axon S dilihat mula tertiris di Internet, dan apa yang pasti ia jelas memperlihatkan rekaan yang lebih unik.

Melalui perkongsian sebuah portal berbahasa Itali, ZTE Axon S dilihat bakal merevolusikan rekaan telefon pintar melalui rekaan jenis gelongsor pada sisi kerangkanya. Ini sesuai dengan slogan yang akan digunakannya iaitu “Full technology, simpler face” yang dilihat mampu memberi rumusan terbaik untuk peranti ini.

Buat masa ini tiada banyak spesifikasi tentang ZTE Axon S berjaya didedahkan tetapi ia dikatakan tampil dengan paparan skrin penuh OLED dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 95%. Selain itu, ia juga menawarkan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin. Manakala untuk mengakses dwi kamera depan, anda hanya perlu menolak sisi kerangka ke tepi.

Rekaan panel belakang peranti yang diperbuat daripada kaca ini tampil kosong tanpa sebarang kamera mahupun cetakan logo. Ini kerana kedudukan tiga kamera pada ZTE Axon S tersembunyi di sebalik kerangka gelongsor. Berdasarkan cetakan pada kamera itu, ia menyokong lensa 48MP dengan fungsi 5x zum optikal dan juga lensa kedua beresolusi 19MP yang dibantu pula dengan Xenon Flash.

Ketirisan imej pengolokan ZTE Axon V turut tertiris dengan memperlihatkan rekaan yang sedikit berbeza untuk kamera depannya.

ZTE Axon S turut dilaporkan akan menyokong rangkaian 5G dan tidak mustahil ia akan turut dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855. Buat masa ini tiada maklumat berhubung tarikh pelancaran peranti ini berjaya didedahkan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend