Imej Pengolokan Samsung Galaxy S11e Memperlihatkan Lubang Kamera Pada Skrin Dan Tiga Kamera Comments Off on Imej Pengolokan Samsung Galaxy S11e Memperlihatkan Lubang Kamera Pada Skrin Dan Tiga Kamera

Jika diperhatikan pada trend kemunculan siri Galaxy S sebelum ini, Samsung dilihat telah memilih bulan Februari untuk melancarkan peranti mercu tersebut. Malah bermula dengan siri Galaxy S10, Samsung telah mula mengambil pendekatan untuk memperkenalkan lebih banyak varian, termasuklah varian Galaxy S10e.

Menariknya baru-baru ini peniris popular @OnLeaks dengan kolaborasi pricebaba dilihat telah mula mendedahkan imej pengolokan eksklusif untuk model Galaxy S11e. Berbeza dengan generasi sebelum ini, Galaxy S11e bakal menampilkan sedikit kelainan dengan membawarkan rekaan lubang kamera pada skrin yang kini ditempatkan pada bahagian tengah skrin.

This slideshow requires JavaScript.

Berdasarkan imej pengolokan itu juga, Galaxy S11e juga dilihat akan dilengkapi tiga kamera dengan rekaan susunan kamera menegak. Malah permukaan kamera itu juga kelihatan lebih lebar mirip seperti rekaan kamera yang tertiris untuk model Galaxy A71 sebelum ini.

Baca juga:

Samsung Galaxy S11 Disahkan Hadir Dengan Sokongan Teknologi 5G Dan Pengecasan Pantas 25W

Dapatkan Langganan YouTube Premium Secara Percuma Dengan Pembelian Model Samsung Galaxy

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend