Imej Pengolokan Samsung Galaxy Note10 Lite Menyaksikan Rekaan Kamera Mirip Google Pixel 4 Comments Off on Imej Pengolokan Samsung Galaxy Note10 Lite Menyaksikan Rekaan Kamera Mirip Google Pixel 4

Berita mengenai versi lebih mampu milik untuk model Galaxy Note10 bukanlah sesuatu yang baru, kerana kewujudan Galaxy Note10 Lite ini pernah diperkatakan di Internet sejak bulan Oktober yang lepas lagi. Kini portal 91mobiles yang sememangnya terkenal dengan perkongsian imej pengolokan peranti baharu, dilihat telah mula mendedahkan rekaan Galaxy Note10 Lite.

Berdasarkan imej pengolokan yang dikongsikan, Galaxy Note10 Lite dilihat masih mengekalkan sokongan slot S Pen sama seperti varian Galaxy Note10 yang lain. Menariknya ia turut mengembalikan semula sokongan bicu audio 3.5mm yang sebelum ini tidak disertakan pada Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+.

Walaupun imej pengolokan yang dikongsikan tidak memperlihatkan rekaan Galaxy Note10 Lite ini dengan lebih jelas, tetapi ia menampilkan rekaan kamera berbentuk segi empat mirip seperti Google Pixel 4. Manakala untuk rekaan kamera depannya pula, ia mungkin menyokong lubang kamera pada skrin yang dikenali sebagai ‘Infinity-O’.

sumber

Baca juga:

Samsung Galaxy Note10 Lite Mungkin Dikeluarkan Tidak Lama Lagi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend