Imej Pengolokan Samsung Galaxy A8s Memperlihatkan Panel Skrin Dengan Rekaan ‘Infinity-O’ Comments Off on Imej Pengolokan Samsung Galaxy A8s Memperlihatkan Panel Skrin Dengan Rekaan ‘Infinity-O’

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Samsung sebelum ini, mereka telahpun mendedahkan empat panel skrin dengan rekaan berbeza iaitu Infinity-U, Infinity-V, Infinity-O dan juga New Infinity. Setakat ini ketirisan maklumat yang telah diterima telah menyaksikan model Galaxy M20 mungkin akan menjadi peranti pertama keluaran Samsung yang tampil dengan rekaan skrin Infinity-U.

Menariknya baru-baru ini satu lagi rekaan panel skrin terbaharu daripada Samsung iaitu Infinity-O pula mula tertiris di Internet. Perkongsian imej pelindung skrin yang telah dikongsikan di laman sosial Weibo di China itu dipercayai bakal digunakan pada Samsung Galaxy A8s nanti. Bahkan VenyaGeskin1 juga dilihat telah mula berkongsi imej pengolokan peranti itu di laman Twitter.

Berbeza dengan tiga lagi rekaan skrin yang didedahkan oleh Samsung, panel skrin Infinity-O menyaksikan rekaan yang agak unik dan dalam masa yang sama telah menerima kritikan daripada pengguna. Ini kerana bahagian atas kiri skrin akan ditebuk bagi menempatkan kamera hadapan, dan rata-rata daripada pengguna berasa rekaan tersebut agak pelik.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend