Imej Pengolokan Peranti Mercu ASUS Dengan Rekaan Dwi Gelongsor Dan Sambungan 5G Didedahkan Comments Off on Imej Pengolokan Peranti Mercu ASUS Dengan Rekaan Dwi Gelongsor Dan Sambungan 5G Didedahkan

ASUS sebelum ini telahpun mengesahkan kehadiran peranti mercu terbaharunya dengan kemunculan ASUS ZenFone 6 yang akan dilancarkan secara rasmi di Valencia, Sepanyol, pada 16 Mei 2019 nanti. Tampil dengan slogan ‘Defy Ordinary’, ia secara tidak langsung memberi klu awal bahawa ASUS bakal menawarkan satu kelainan pada peranti mercunya itu nanti.

Apa yang lebih menarik perhatian, @evleaks hari ini telah berkongsi beberapa gambar yang telah dimuat naik pada akaun Twitter miliknya yang merujuk kepada model ASUS yang tidak didedahkan modelnya. Berdasarkan daripada gambar yang dikongsikan itu, peranti ini hadir dalam rekaan dwi gelongsor yang unik.

Apabila bahagian panel depan digelongsorkan ke bawah, pengguna boleh mengakses dwi kamera depan dengan mod penggambaran bersudut luas mencecah 120 darjah, dan juga lampu LED pada kedua-dua sisinya. Manakala apabila bahagian panel depan digelongsorkan ke atas, terdapat speaker stereo daripada harman kardon boleh dilihat.

Untuk penggambaran utamanya pula, peranti ASUS ini menawarkan dwi kamera yang disusun secara melintang pada bahagian atas tengah panel belakangnya. Malah ia juga dilaporkan akan menyokong rangkaian berkelajuan tinggi 5G.

Jadi adakah imej pengolokan yang didedahkan ini merupakan ASUS ZenFone 6 yang bakal diperkenalkan nanti?! Sama-sama kita nantikan pendedahannya pada 16 Mei nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend