Imej Pengolokan OnePlus 8 Lite Memperlihatkan Kelainan Pada Rekaan Tiga Kamera Utamanya Comments Off on Imej Pengolokan OnePlus 8 Lite Memperlihatkan Kelainan Pada Rekaan Tiga Kamera Utamanya

OnePlus baru sahaja memperkenalkan siri OnePlus 7T pada September 2019 yang lalu sebagai model penambahbaikan untuk siri OnePlus 7 yang diumumkan secara rasmi pada Mei tahun ini. Manakala model OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro pula telahpun dijadualkan akan diperkenalkan pada suku kedua tahun 2020 nanti.

This slideshow requires JavaScript.

Apa yang menariknya, @OnLeaks yang terkenal dengan ketepatan berita tertiris yang dikongsikan telah mendedahkan rekaan imej pengolokan OnePlus 8 Lite. Dari rekaan panel depan, ia dilihat menyokong rekaan lubang kamera depan pada bahagian tengah skrin yang memiliki saiz antara 6.4 dan 6.5 inci.

This slideshow requires JavaScript.

Perbezaan utama OnePlus 8 Lite berbanding siri OnePlus 8 yang lain adalah pada rekaan tiga kamera segi empat yang lebih lebar dan ditempatkan pada sisi kiri. Selain dua kamera utama dan LED flash, ia juga berkemungkinan besar menyokong lensa ketiga menggunakan sensor ToF.

This slideshow requires JavaScript.

Kedudukan butang fizikal, slot kad, port USB Type-C, dan speaker pada OnePlus 8 Lite masih sama seperti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro, dengan kerangka setebal 8.6mm. Memandangkan ia disasarkan untuk segmen kelas pertengahan, ia dipercayai akan menggunakan cipset yang berbeza.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend