Imej Pengolokan HUAWEI P40 Menyaksikan Sokongan Dwi Kamera Depan Dan Tiga Kamera Leica Comments Off on Imej Pengolokan HUAWEI P40 Menyaksikan Sokongan Dwi Kamera Depan Dan Tiga Kamera Leica

Akhirnya rekaan HUAWEI P40 yang lebih jelas kini telah dikongsikan oleh portal 91mobiles melalui pendedahan sekeping imej pengolokan yang dilaporkan telah dikongsikan sendiri oleh sumber dalam industri.

Berdasarkan imej tersebut, HUAWEI P40 bakal menampilkan rekaan lubang dwi kamera pada bahagian atas kiri skrin yang memiliki permukaan rata seperti model P30 sebelum ini.

Manakala panel belakangnya pula telah tersedia dengan sokongan tiga kamera dengan sentuhan Leica. Hadir dengan rekaan kamera segi empat tepat, permukaan kamera HUAWEI P40 kelihatan agak timbul.

Di dalam perkongsian berasingan, HUAWEI P40 dan P40 Pro turut dilaporkan akan ditawarkan dalam lima warna pilihan berbeza iaitu Black, Blush Gold, Silver Frost, Deep Sea Blue dan juga Ice White.

Ramalan spesifikasi HUAWEI P40 dan P40 Pro:

  • Kirin 990 5G
  • EMUI 10 (Android 10)
  • Sokongan memori sehingga 12GB RAM dan 512GB ROM
  • 6.1/6.2 inci OLED (P40) dan 6.5/6.7 inci OLED (P40 Pro)
  • Tiga kamera termasuk Ultra Wide + 3D ToF (P40)
  • Kuad kamera termasukl Ultra Wide + 3D ToF + 10x optical zoom periscope (P40 Pro)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend