Imej Pengolokan Dwi Kamera 32MP Pada Skrin Vivo V19 Kini Diperlihatkan Comments Off on Imej Pengolokan Dwi Kamera 32MP Pada Skrin Vivo V19 Kini Diperlihatkan

Sejak awal minggu ini, Vivo Malaysia dilihat telah mula memuat naik sekeping imej acah yang mengesahkan kehadiran Vivo V19 untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini. Berdasarkan imej yang dikongsikan, Vivo cuba memfokuskan kepada sokongan dwi kamera depan pada peranti ini.

Hari ini sekeping imej pengolokan beresolusi tinggi milik Vivo V19 telah mula diperlihatkan secara rasmi. Menampilkan paparan skrin penuh jenis Super AMOLED Ultra O Screen, ia jelas menyaksikan kedudukan dwi kamera Vivo V19 pada bahagian atas kanan skrinnya.

Hadir dengan sokongan dwi kamera 32MP, Vivo Malaysia turut mengesahkan bahawa spesifikasi Vivo V19 untuk pasaran tempatan akan tampil sedikit berbeza jika dibandingkan dengan model yang dilancarkan di Indonesia baru-baru ini.

Namun begitu, buat masa ini spesifikasi penuh dan juga tarikh pelancaran Vivo V19 di Malaysia masih lagi belum diumumkan lagi. Tetapi ia dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend