Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Z Flip Kini Tertiris Comments Off on Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Z Flip Kini Tertiris

Tampil dengan nama kod ‘Galaxy Bloom’, Samsung Galaxy Z Flip merupakan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat generasi kedua yang akan dilancarkan oleh Samsung dalam masa terdekat ini.

Berbeza dengan rekaan generasi pertama, Galaxy Z Flip kini hadir dalam rekaan boleh lipat konvensional yang mirip seperti rekaan telefon sekitar awal tahun 2000 dahulu.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh portal winfuture.de, Samsung Galaxy Z Flip akan diperkenalkan dalam dua warna iaitu hitam dan juga ungu.

Dengan rekaan luaran yang ringkas, ia dilengkapi skrin kedua sebesar 1.06 inci dengan resolusi 300 x 116 piksel. Menariknya paparan skrin Super AMOLED ini turut menyokong ciri AOD (Always On Display) untuk memaparkan masa dan juga notifikasi.

Dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855+, Galaxy Z Flip tersedia dengan memori 8GB RAM dan juga ruang storan sebesar 256GB. Ia juga turut menyokong dwi kamera beresolusi 12MP (f/1.8) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2), dan juga bateri 3300mAh dengan pengecasan pantas 15W serta pengecasan tanpa wayar 9W.

Galaxy Z Flip turut memiliki paparan skrin fleksible Dynamic AMOLED berukuran 6.7 inci FHD+ (2636 x 1080 piksel), dengan sokongan engsel yang boleh buka pada sudut 70 atau 110 darjah.

Bagi memastikan perlindungan skrin yang lebih baik, keliling skrin peranti ini telah dilindungi dengan permukaan bumper yang timbul. Peranti ini dijangka akan mula dijual pada 14 Februari 2020, dengan jangkaan harga termasuk cukai VAT sekitar EUR1,500 (~RM6,738).

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip:

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend