Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Nokia 1 Plus Tertiris Dengan Saiz Bezel Lebih Kecil Comments Off on Imej Pengolokan Dan Spesifikasi Nokia 1 Plus Tertiris Dengan Saiz Bezel Lebih Kecil

Sebuah blog berasal dari Jerman baru-baru ini telah mendedahkan ketirisan imej pengolokan yang dipercayai milik generasi baharu untuk model Nokia 1. Sungguhpun begitu, buat masa ini hanya imej panel depan sahaja yang berjaya dikongsikan dan selepas gambar itu kami naikkan tahap keterangannya, Nokia 1 Plus dilihat menyokong saiz bezel yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

Imej pengolokan asal yang telah dinaikkan tahap keterangannya.

Selain mendedahkan rekaan awal panel depan Nokia 1 Plus, blog ini juga turut berkongsi spesifikasi asas seperti penggunaan cipset MediaTek MT6739 dengan frekuensi 1.5 GHz, GPU PowerVR GE8100 (570 MHz), memori 1GB RAM, dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, dan juga skrin beresolusi 480 x 960 piksel yang masih belum diketahui saiznya.

Nokia 1 sebelum ini menyokong skrin 4.5 inci (480 x 854 piksel) dengan saiz bezel yang agak besar.

Tarikh pelancaran dan juga harga jualan untuk Nokia 1 Plus masih lagi belum diketahui setakat artikel ini ditulis.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend