Imej Pengolokan Dan Konfigurasi Awal Kamera Huawei P30 Dan P30 Pro Dikongsikan 2 180

Huawei telah merancang untuk melancarkan siri Huawei P30 keluarannya secara rasmi di dalam acara khas yang akan berlangsung di Paris pada 26 Mac depan. Semakin hampir dengan tarikh pelancaran peranti mercu terbaharunya itu, semakin banyak maklumat berkaitan Huawei P30 dan P30 Pro berjaya dikongsikan.

Huawei P30 Pro

Dari segi rekaan fizikal Huawei P30 dan P30 Pro, kedua-dua model ini menampilkan rekaan panel skrin yang hampir sama dengan sokongan takuk kecil mirip titisan air. Bahkan penawaran pengimbas cap jari di dalam skrin pada generasi baru siri P ini turut menyaksikan saiz bezel yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

Huawei P30

Apa yang lebih menariknya, panel skrin Huawei P30 tampil dengan permukaan jenis 2.5D pada sisinya, manakala Huawei P30 Pro pula dilihat memiliki permukaan yang lebih melengkung mirip seperti paparan skrin Huawei Mate 20 Pro.

Huawei P30 Pro

Terkenal dengan prestasi kamera LEICA yang boleh dianggap antara yang terbaik di pasaran, Huawei P30 Pro dilengkapi dengan konfigurasi empat kamera termasuk kamera ToF (Time of Flight) sama yang berupaya menganggar jarak subjek. Berdasarkan cetakan bersebelahan kamera, Huawei P30 Pro menawarkan saiz aperture antara f/1.6 hingga f/3.4.

Huawei P30

Lebih istimewa, salah satu daripada lensa yang disokong oleh Huawei P30 Pro ini turut menawarkan ciri 10x zum menggunakan modul zum jenis periskop sama seperti yang diperkenalkan oleh OPPO. Ini jelas dapat dilihat melalui rekaan salah satu daripada lensanya yang berbentuk segi empat.

Huawei P30 Pro
Huawei P30 Pro

Buat masa ini konfigurasi tiga kamera untuk Huawei P30 masih lagi belum dapat didedahkan, tetapi ia dipercayai akan menyokong sistem kamera sama seperti Huawei Mate 20 Pro iaitu lensa Wide, lensa Ultra Wide dan juga lensa telefoto. Bahkan ia juga dilihat menyokong saiz aperture antara f/1.8 hingga f/2.4.

Huawei P30
Huawei P30

Kedua-dua model ini dilaporkan akan dikuasakan dengan pemproses yang sama seperti siri Huawei Mate 20 iaitu menggunakan cipset Kirin 980 berasaskan proses 7nm.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend