Imej Honor 10 Lite X Supreme Dengan Slogan ‘The Neon Dream’ Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Imej Honor 10 Lite X Supreme Dengan Slogan ‘The Neon Dream’ Mula Tertiris Di Internet

Baru tadi kami berkongsi tentang pengesahan tarikh pelancaran Honor 10 Lite yang akan berlangsung pada 21 November nanti, dan sebentar tadi tertiris pula imej Honor 10 Lite X Supreme di Internet.

Berdasarkan kenyataan yang telah dikongsikan oleh Slashleaks, Honor telah menjalinkan perjanjian dengan jenama terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Supreme untuk menghasilkan edisi istimewa Honor 10 Lite. Sama seperti varian biasa, Honor 10 Lite X Supreme ini juga dilaporkan akan turut dilancarkan secara rasmi pada November ini.

Buat masa ini tiada banyak maklumat berjaya didedahkan, tetapi melalui ketirisan imej yang diterima ia tampil dalam kerangka berwarna merah dengan sentuhan logo ‘Sup’ yang agak besar pada panel belakangnya. Selain itu, ia juga akan menggunakan slogan ‘The Neon Dream’ yang buat masa ini tidak diketahui maksud disebaliknya.

Baca juga:

Honor 10 Lite Disahkan Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 21 November Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend