Imej Dan Spesifikasi Lenovo Legion Gaming Phone Tertiris – Kamera Terangkat Di Sisi Dan Dua Port USB-C Comments Off on Imej Dan Spesifikasi Lenovo Legion Gaming Phone Tertiris – Kamera Terangkat Di Sisi Dan Dua Port USB-C

Berita tentang kemunculan telefon pintar gaming pertama keluaran Lenovo di bawah siri Legion sudah mula diperkatakan sejak hujung tahun lepas lagi. Namun begitu, tidak banyak yang kita ketahui tentang rekaan dan juga spesifikasi peranti ini.

Terbaru, portal XDA Developers dilaporkan telah berjaya mendedahkan rekaan dan juga spesifikasi Lenovo Legion Gaming Phone berdasarkan beberapa video yang didakwa video pemasaran rasmi peranti tersebut.

Dwi port USB Type-C

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, Lenovo Legion Gaming Phone dikatakan akan menyokong teknologi pengecasan pantas 90W. Menariknya peranti dengan bateri berkapasiti 5000mAh ini juga dikatakan memiliki dua port USB Type-C yang mana port kedua terletak pada bahagian sisi kerangkanya.

Dwi kamera utama

Bahagian belakang Lenovo Legion Gaming Phone ini telah menampilkan sentuhan grafik yang sangat sinonim dengan telefon pintar permainan. Menariknya kedudukan dwi kamera peranti ini yang beresolusi 64MP + 16MP Ultra Wide dilihat berada di tengah-tengah panel belakangnya.

Menurut XDA Developers, logo ‘Legion’ berbentuk huruf ‘Y’ yang terletak di bawah LED Flash itu juga dipercayai akan menyokong nyalaan lampu yang akan menyala apabila permainan dimainkan.

Kamera depan terangkat di sisi

Memandangkan Lenovo Legion Gaming Phone tidak memiliki takuk ataupun lubang kamera depan pada skrin, ia menampilkan kamera depan dengan rekaan jenis terangkat.

Uniknya kedudukan kamera depan terangkat 20MP pada telefon pintar gaming Lenovo ini ditempatkan pada sisi kanan kerangka. Malah ia juga dilihat turut tersedia dengan lampu LED flash untuk swafoto di dalam gelap.

Speaker stereo

Berdasarkan tangkap skrin yang berjaya diambil, Lenovo Legion Gaming Phone dilengkapi speaker stereo dengan rekaan simetri pada bahagian atas dan bawah paparan FHD+ (2340 x 1080 piksel) yang menyokong kadar segar semula skrin 144Hz.

Spesifikasi lain

Lenovo Legion Gaming Phone juga dikatakan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, dioperasikan oleh antaramuka Legion OS berasaskan Android 10, storan dalaman jenis UFS 3.0 dan juga RAM jenis LPDDR5.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend