Imej Acah Sahkan Tarikh Pelancaran HiSilicon Kirin 980 Comments Off on Imej Acah Sahkan Tarikh Pelancaran HiSilicon Kirin 980

Acara IFA akan berlangsung di Berlin penghujung bulan ini. Acara yang akan bermula pada 31 Ogos hingga 5 September depan akan memperlihatkan seluruh dunia termasuk Huawei memperkenalkan produk terbaharu mereka.

Terkini, melalui satu imej acah yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi China, Huawei sedia untuk melancarkan sebuah teknologi baharu. Berdasarkan imej acah tersebut, jelas kelihatan kelibat cip yang merujuk kepada Kirin 980 akan diperkenalkan. Selain daripada tarikh, Huawei juga mengajak orang ramai menonton video pelancaran secara langsung terus dari peranti.

Tanda pagar yang digunakan kali ini ialah ‘Experience Smarter’. Jadi, kita mungkin akan melihat Kirin 980 akan hadir dengan teknologi NPU (neural processing unit) generasi kedua dan sudah tentu akan membawakan ciri AI yang lebih mantap dan lebih cerdik. Kirin 980 dibina berasaskan cip bersaiz 7nm sekaligus menjadikan ia cip terkecil di dunia akan digunakan pada telefon pintar. Sudah tentu Huawei akan menyumbat cip ini dalam barisan Mate 20 kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend