Imej Acah Mengesahkan Sokongan Kamera 64MP Untuk Model Samsung Galaxy M31 Comments Off on Imej Acah Mengesahkan Sokongan Kamera 64MP Untuk Model Samsung Galaxy M31

Samsung Malaysia sebelum ini baru sahaja mengumumkan ketersediaan pra-tempah untuk model terbaharunya iaitu Galaxy A51, Galaxy A71, Galaxy S10 Lite dan juga Galaxy Note10 Lite untuk pasaran tempatan yang akan berakhir hari ini.

Nampaknya Samsung akan hadir dengan satu lagi model yang lebih mampu milik, selepas Samsung India dilaporkan sudah mula berkongsi imej acah untuk model Galaxy M31 yang dijangka akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Tampil dengan slogan #MegaMonster, Galaxy M31 telah disahkan akan dilengkapi dengan kamera utama beresolusi 64MP. Walaupun jenis sensor yang digunakan masih tidak diumumkan, berkemungkinan besar ia akan menggunakan sensor Samsung ISOCELL Bright GW1.

Samsung Galaxy M31 juga dijangka akan mengekalkan sokongan kapasiti bateri besar iaitu sama ada 5000mAh seperti Galaxy M30, ataupun 6000mAh seperti model Galaxy M30s.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend