Ibu Pejabat Baharu OPPO Ini Dilengkapi Kemudahan Seperti Pusat Beli-belah Comments Off on Ibu Pejabat Baharu OPPO Ini Dilengkapi Kemudahan Seperti Pusat Beli-belah

Baru-baru ini Zaha Hadid Architects (ZHA) telah dipilih sebagai pemenang dalam mereka bentuk projek menara terbaru OPPO di Shenzhen.

Difahamkan, menara dengan ketinggian 200 meter (42 tingkat) yang berkeluasan hampir 2 juta kaki persegi ini bakal siap pada tahun 2025 kelak.

Pelan asas terbahagi kepada empat bangunan yang mana dua daripadanya untuk kegunaan ibu pejabat dengan ruang legar (lobi) bercantum di tingkat 20 manakala dua bangunan selebihnya pula adalah untuk tujuan sewaan.

Lokasi menara yang terletak di teluk ini menempatkan ruang pejabat, restoran, kedai, galeri seni, ruang landskap, dan laluan pejalan kaki menghubungkan pengangkutan kereta api bawah tanah.

Di aras bumbung pula, terdapat ruang tinjau yang diberi nama Sky Lab bakal disediakan. Di sini, orang ramai termasuk penduduk kediaman dan kakitangan OPPO boleh menikmati pemandangan salah satu bandar paling dinamik di dunia iaitu Bandar Shenzhen.

Untuk pengetahuan anda, ZHA sebelum ini pernah menerima sijil anugerah LEED Gold (Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar) untuk Menara Leeza SOHO di Beijing dan Generali Tower di Milan.

Dengan reka bentuk moden serta unik, ZHA turut menyasarkan anugerah yang sama bagi projek menara OPPO ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend