HUAWEI Y9s Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on HUAWEI Y9s Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Tidak Lama Lagi

HUAWEI Malaysia baru-baru ini dilihat sudah mula memuat naik perkongsian yang mengesahkan kemunculan satu lagi model telefon pintar kelas pertengahan terbaharunya iaitu HUAWEI Y9s untuk pasaran tempatan. Jika dilihat pada rekaan fizikalnya, HUAWEI Y9s dilihat masih mengekalkan identiti rekaan seperti HUAWEI Y9 Prime 2019 dengan sokongan skrin penuh dan kamera terangkat.

Walau bagaimanapun berbeza dengan HUAWEI Y9 Prime 2019, HUAWEI Y9s telah menerima beberapa penambahbaikan seperti 6GB RAM, sokongan tiga kamera dengan lensa utama 48MP, dan juga dioperasikan dengan antaramuka EMUI 9.1. Rekaan panel belakang yang mirip seperti HUAWEI P30 ini juga kelihatan lebih kemas kerana sensor pengimbas cap jari telah disepadukan pada butang kuasa.

Menampilkan sokongan skrin penuh berukuran 6.59 inci LTPS beresolusi FHD+, HUAWEI Y9s dikuasakan dengan Kirin 710F, bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan 10W menggunakan sambungan USB Type-C. HUAWEI Y9s akan diperkenalkan dalam dua warna iaitu Breathing Crystal dan juga Midnight Black.

Baca juga:

[Ulasan] HUAWEI Y9 Prime 2019 – Peranti Pertama HUAWEI Dengan Rekaan Kamera Terangkat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend