HUAWEI Y9 Prime 2019 Sah Berharga RM899, Kamera Terangkat Paling Murah Setakat Ini Comments Off on HUAWEI Y9 Prime 2019 Sah Berharga RM899, Kamera Terangkat Paling Murah Setakat Ini

HUAWEI Y9 Prime 2019 merupakan telefon pintar dengan kamera terangkat pertama daripada HUAWEI. Syarikat ini juga telah mengesahkan telefon pintar ini akan dilancarkan dan mula dijual di Malaysia pada 27 Julai 2019.

HUAWEI Y9 Prime 2019 memiliki tanda harga RM899 sebuah, sekaligus menjadikan ia telefon pintar dengan kamera terangkat paling murah setakat ini di Malaysia.

Daripada segi spesifikasi, HUAWEI Y9 Prime 2019 dilengkapi paparan skrin 6.59-inci Ultra FullView Display beresolusi FHD+ yang mana turut menyertakan kamera depan terangkat 16MP f/2.2.

Menurut HUAWEI, kamera depan ini telah melepasi ujian ketahanan selama 100,000 kali yang mampu bertahan selama 2.7 tahun dengan purata 100 kali bukaan setiap hari.

Selain itu, ia mengenakan bateri 4,000mAh dengan sambungan USB Type-C dan menyertakan bicu audio 3.5mm. Peranti ini juga dikuasakan cip pemproses Kirin 710F yang digandingkan dengan memori 4GB RAM dan 128GB storan.

HUAWEI Y9 Prime 2019 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Sapphire Blue, dan Emerald Green.

Pemilik peranti ini juga ditawarkan ganjaran eksklusif yang mana boleh menikmati langganan premium Viu selama 6-bulan melalui Member Centre dalam aplikasi App Gallery.

Bersempena dengan pelancaran ini, HUAWEI Carnival juga memberi peluang kepada pengguna HUAWEI di negara ini untuk memenangi hadiah sehingga RM1,000,000 malah lebih banyak hadiah dan ganjaran akan menanti pengguna bermula 27 Julai 2019.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend