HUAWEI Y7p Kini Dilancarkan Di Thailand Dengan Skrin 6.39″ HD+, Tiga Kamera 48MP Dan 4GB RAM Comments Off on HUAWEI Y7p Kini Dilancarkan Di Thailand Dengan Skrin 6.39″ HD+, Tiga Kamera 48MP Dan 4GB RAM

Dalam diam-diam, HUAWEI Thailand kini telahpun melancarkan telefon pintar mampu milik terbaharunya untuk pasaran di negara itu dengan penawaran HUAWEI Y7p. Berbeza dengan siri Y sebelum ini, HUAWEI Y7p merupakan model pertama menyokong rekaan lubang kamera dalam skrin.

Tampil dengan skrin IPS LCD berukuran 6.39 inci HD+ (1560 x 720 piksel), HUAWEI Y7p telah dikuasakan dengan cipset Kirin 710F, dioperasikan oleh EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie, dan juga memori 4GB RAM + 64GB ROM.

Keupayaan penggambarannya dilengkapi dengan kamera depan beresolusi 8MP (f/2.0), dan juga tiga kamera utama beresolusi 48MP (f/1.8) + 8MP (Ultra Wide Angle, f/2.4) + 2MP (Depth, f/2.4).

HUAWEI Y7p turut tersedia dengan bateri berkapasiti 4000mAh dengan teknologi pengecasan 10W (5V2A), menggunakan sambungan kabel microUSB. Spesifikasi lain yang disokong termasuklah WiFi 802.11n (2.4GHz), Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm, dan juga pengimbas cap jari.

Ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Black dan Aurora Blue, HUAWEI Y7p dijual di Thailand pada harga THB4,999 (~RM662).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend