Huawei Y7 Pro 2019 Dengan Qualcomm Snapdragon 450 Dan Bateri 4000 mAh Dilancarkan Di Vietnam Comments Off on Huawei Y7 Pro 2019 Dengan Qualcomm Snapdragon 450 Dan Bateri 4000 mAh Dilancarkan Di Vietnam 1053

Baru-baru ini Huawei telah memperkenalkan satu lagi model terbaharunya iaitu Huawei Y7 Pro 2019 yang dikategorikan dalam segmen kelas pertengahan untuk pasaran di Taiwan.

Huawei Y7 Pro 2019 hadir dengan paparan skrin sebesar 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan nisbah skrin 19.5:9. Ia juga tampil dengan rekaan takuk jenis titisan air bagi menempatkan kamera swafoto beresolusi 16MP dan juga sensor. Jika dilihat pada rekaan Huawei Y7 Pro 2019, tiada sensor pengimbas cap jari pada panel depan mahupun belakangnya. Ini kerana ia menyokong fungsi Face Unlock 2.0 yang mampu membuat pengecaman wajah dari sudut berbeza.

Dari segi prestasi pula, ia telah dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 450 (14nm) dengan konfigurasi memori 3GB + 32GB, serta menyokong slot kad memori microSD mencecah sehingga 512GB. Manakala antaramukanya pula tampil dengan EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Keupayaan penggambaran utamanya terdiri daripada dua lensa beresolusi 13MP + 2MP dengan aperture f/1.8 yang turut menyokong mod penggambaran AI. Dari segi ketahanan pengoperasiannya pula, Huawei Y7 Pro 2019 telah tersedia dengan bateri berkapasiti 4000 mAh (5V2A) dengan mod penjimatan bateri AI.

Huawei Y7 Pro 2019 tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Aurora Green atau Black, dan ia akan dijual di Vietnam pada harga VND3,990,000 (kira-kira RM710).

Spesifikasi Huawei Y7 Pro 2019

  • Android 8.1 (Oreo) with EMUI 8.2
  • Dual SIM (nano + nano + microSD)
  • Qualcomm Snapdragon 450 (Lapan teras 1.8GHz) 14nm dengan GPU Adreno 506
  • 3GB + 32 GB (microSD sehingga 512GB)
  • 6.26 inci HD+ (1520 × 720 piksel) 2.5D curved glass display
  • Kamera utama: 13MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera depan: 16MP
  • 158.92 x 76.91 x 8.1mm / 168g
  • Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.2, GPS + GLONASS
  • 4000 mAh (5V2A)

→ Miliki Huawei Y9 2019 pada harga RM899 di https://shop.huawei.com/my/

Baca juga:

[Ulasan] Huawei Y9 2019 – Peranti 4 Kamera Huawei Paling Murah

Huawei Y6 Pro 2019 Dilancarkan Dengan Rekaan Takuk Titisan Air Dan Panel Belakang Mirip Seperti Kulit

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend