Huawei Y7 Pro 2019 Akan Dijual Bermula 6 April 2019 Di Malaysia Pada Harga RM649 Comments Off on Huawei Y7 Pro 2019 Akan Dijual Bermula 6 April 2019 Di Malaysia Pada Harga RM649

Hari ini Huawei Malaysia secara rasminya telah melancarkan peranti kelas pertengahan terbaharunya dengan penawaran model Huawei Y7 Pro untuk pengguna di negara ini.

Huawei Y7 Pro 2019 dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 450, dioperasikan oleh EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo, RAM berkapasiti 3GB, storan 32GB, dan juga batteri sebesar 4000 mAh. Ia juga menawarkan paparan skrin IPS LCD berukuran 6.26 inci HD+ (1520 x 720 piksel) dengan rekaan takuk jenis titisan air yang kecil.

Aspek penggambaran dibantu dengan kamera swafoto 16MP yang hadir dengan ciri kecantikan automatik, dan juga dwi kamera utama beresolusi 13MP + 2MP dengan aperture f/1.8 yang mampu memastikan hasil gambar yang lebih terang. Sokongan AI juga membolehkannya untuk mengenalpasti lebih 500 persekitaran serta subjek secara masa-nyata.

Huawei Y7 Pro 2019 hadir dalam warna Black dan Aurora Blue akan dijual pada harga RM649 bermula 6 April 2019 ini. Setiap pembelian peranti ini akan turut menerima hadiah percuma berupa pengecas kereta model Huawei AP31.

Baca juga:

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend