HUAWEI Y6P Dan HUAWEI Y5P Akan Dijual Di Malaysia Bermula 16 Mei Ini Pada Harga RM559 Dan RM359 Comments Off on HUAWEI Y6P Dan HUAWEI Y5P Akan Dijual Di Malaysia Bermula 16 Mei Ini Pada Harga RM559 Dan RM359

Seminggu selepas dua model telefon pintar mampu milik iaitu HUAWEI Y6P dan juga HUAWEI Y5P dilancarkan secara rasmi di pasaran Romania dan Kemboja. Kini kedua-dua model itu telahpun disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 16 Mei ini.

Berdasarkan pendedahan di laman rasmi HUAWEI Malaysia, HUAWEI Y6P dan HUAWEI Y5P masing-masing akan dijual pada harga RM559 dan juga RM359. Pembelian kedua-dua model ini juga akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM136.20.

Kedua-dua model ini akan dikuasakan dengan EMUI 10.1 berasaskan Android 10 dan sebagaimana model baharu keluaran HUAWEI yang lain, ia akan hadir dengan sokongan AppGallery bagi menggantikan aplikasi Google Play Store.

HUAWEI Y6P ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Phantom Purple, dan Emerald Green, manakala HUAWEI Y5P pula akan tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Black dan Phantom Blue.

Spesifikasi HUAWEI Y6P dan HUAWEI Y5P:

HUAWEI Y6PHUAWEI Y5P
VersiEMUI 10.1 (Android 10)EMUI 10.1 (Android 10)
CipsetMediaTek Helio P22
4x Cortex A53 2.0GHz + 4x Cortex A53 1.5GHz
MediaTek Helio P22
4x Cortex A53 2.0GHz + 4x Cortex A53 1.5GHz
Memori4GB + 64GB
microSD sehingga 512GB
2GB + 32GB
microSD sehingga 512GB
Skrin6.3 inci IPS LCD
1600 x 720 piksel
5.45 inci IPS LCD
1440 x 720 piksel
Kamera depan8MP (f/2.0)5MP (f/2.2)
Kamera utama13MP (f/1.8) + 5MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)13MP (f/2.0)
Bateri5000mAh3020mAh
SambunganWiFi 802.11n, Bluetooth 5.0WiFi 802.11n, Bluetooth 5.0
SensorFingerprint sensor, Ambient Light, Proximity, Gravity sensorAmbient Light, Proximity, Gravity sensor

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend