HUAWEI Y5 2019 Dengan 2GB + 32GB Kini Ditawarkan Pada Harga RM399 Bermula Hari Ini Comments Off on HUAWEI Y5 2019 Dengan 2GB + 32GB Kini Ditawarkan Pada Harga RM399 Bermula Hari Ini 163

HUAWEI Malaysia sebelum ini telah melancarkan telefon pintar bajet terbaharunya melalui penawaran model HUAWEI Y5 2019 untuk pasaran tempatan bermula hujung bulan Mei 2019 yang lalu. Dijual dengan tanda harga RM459, ia telah ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Sapphire Blue, dan juga Amber Brown dengan kemasan panel belakang mirip seperti kulit.

Bersempena dengan promosi ‘Be Young Be Adventurous’ yang berlangsung hari ini hingga 15 Ogos 2019 nanti, HUAWEI Malaysia turut mengumumkan harga baharu untuk HUAWEI Y5 2019. Bermula 8 Ogos, peranti mampu milik ini telah menerima penurunan harga sebanyak RM60, sekaligus menjadikan harga baharunya hanya RM399.

Spesifikasi HUAWEI Y5 2019:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • MediaTek Helio A22 (12nm)
  • 2GB + 32GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 5.71 inci IPS LCD HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Kamera depan: 5MP (f/2.2)
  • Kamera utama: 13MP (f/1.8)
  • 3020mAh
  • WiFi 802.11n, Bluetooth 5.0, microUSB
  • 4G VoLTE, GPS, GLONASS, BDS
  • 147.13 x 70.78 x 8.45mm / 146g

Beli HUAWEI Y5 2019 pada harga RM399:

Baca juga:

Huawei Y5 2019 Berharga RM459 Akan Dijual Secara Rasmi Mulai Esok Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend