HUAWEI, Xiaomi, OPPO Dan Vivo Bergabung Untuk Hasilkan Platform Alternatif Untuk Google Play Store Comments Off on HUAWEI, Xiaomi, OPPO Dan Vivo Bergabung Untuk Hasilkan Platform Alternatif Untuk Google Play Store

Kemas kini artikel: Pihak Xiaomi Malaysia telah menghubungi kami dan berkongsi kenyataan rasmi seperti berikut:

“The Global Developer Service Alliance solely serves to facilitate the uploading of apps by developers to respective app stores of Xiaomi, OPPO and Vivo simultaneously. There’s no competing interest between this service and Google Play Store.”

“Global Developer Service Alliance semata-mata berfungsi untuk memudahkan pembangun memuatnaik aplikasi ke kedai aplikasi masing-masing di Xiaomi, OPPO dan Vivo secara serentak. Perkhidmatan ini tidak diperkenalkan untuk bersaing dengan Google Play Store.”

Berdasarkan laporan yang diterima, empat pengeluar telefon pintar terbesar di China iaitu HUAWEI, Xiaomi, OPPO dan juga Vivo telah menjalinkan kerjasama yang dikenali sebagai Global Developer Service Alliance (GDSA).

Gabungan GDSA ini telah dibentuk bagi menghasilkan sebuah kedai platform alternatif untuk Google Play Store, dan dalam masa yang sama memudahkan pembangun aplikasi untuk memuat naik aplikasi yang dibangunkan ke platform berbeza.

Pelancaran GDSA ini dijangka akan berlangsung sekitar bulan Mac 2020 nanti, dan laman rasmi prototaip untuk platform itu dikatakan akan diperkenalkan untuk meliputi sehingga sembilan negara. Antaranya termasuklah Malaysia, India, Indonesia, Thailand, Vietnam, Sepanyol, Filipina dan juga Rusia.

Jika dilihat pada jumlah pengedaran telefon pintar global untuk suku keempat 2019 yang lalu, keempat-empat jenama ini telah berjaya mencatatkan perkongsian pasaran mencecah sehingga 40.1%.

Jadi dengan adanya laman GDSA ini, ia mungkin mampu menarik lebih banyak pembangun untuk memperkenalkan aplikasi atau permainan kerana kebiasaannya platform baharu yang diperkenalkan akan didatangkan dengan kelebihan dan juga insentif yang lebih menarik.

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend