Huawei WiFi Q2 Untuk Kestabilan Rangkaian Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM999 Comments Off on Huawei WiFi Q2 Untuk Kestabilan Rangkaian Kini Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM999

Apabila tinggal di dalam rumah yang memiliki banyak ruang yang dipisahkan dengan dinding ataupun rumah dua tingkat, kestabilan rangkaian WiFi merupakan isu yang tidak dapat dielakkan. Bagi mengatasi isu tersebut, kini anda sudah boleh memiliki Huawei WiFi Q2 yang dijual secara rasmi bermula hari ini.

Dengan adanya sistem PLC (Power Line Communication) yang ditawarkan oleh Huawei WiFi Q2, anda boleh mendapatkan sambungan WiFi yang lebih stabil di setiap sudut rumah. Malah peralihan daripada satu ruang ke satu ruang yang lain juga tidak berhadapan dengan masalah buffering ataupun sambungan WiFi yang perlahan.

Huawei WiFi Q2 bukan sahaja menjanjikan kestabilan rangkaian, tetapi ia juga memastikan kepantasan sambungan dengan teknologi hibrid gigabit PLC dan juga WiFi 5GHz 867Mbps. Lebih istimewanya, ia juga turut menyokong sambungan kabel Ethernet yang mampu menawarkan sambungan Internet yang jauh lebih pantas.

Huawei WiFi Q2 sudah mula dijual hari ini pada harga RM999 dalam warna putih, dan ia ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend