Huawei WiFi Q2 Pro Dilancarkan Di China – Versi Naik Taraf Dengan Dua Penghala Sekunder Comments Off on Huawei WiFi Q2 Pro Dilancarkan Di China – Versi Naik Taraf Dengan Dua Penghala Sekunder

Penghala Huawei WiFi Q2 telah ditawarkan di Malaysia pada lewat tahun lalu. Di China, versi naik taraf telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di sana. Kali ini Huawei dilaporkan telah menambah baik penghala daripada segi dalaman.

Huawei WiFi Q2 Pro didatangkan dengan dua ‘anak’ atau penghala sokongan dengan rekaan yang hampir sama tetapi pada saiz yang lebih kecil. Penghala induk telah dimuatkan oleh cip kelas mercu jenis Lingqi Gigabit Power Cat bersama teknologi PLC Turbo.

Menurut Huawei dengan penawaran cip terbaharu ini, ia dapat meningkatkan rangkaian sambungan serta meningkatkan prestasi sekitar 50% hingga 120% lebih baik. Oleh kerana ia hadir dengan tiga penghala secara keseluruhan, Huawei WiFi Q2 Pro direka khusus untuk kegunaan di pejabat atau di rumah yang mempunyai ruang yang luas serta banyak halangan.

Huawei memaklumkan dengan ciri dwi-jalur, penghala ini mampu menukar antara rangkaian WiFi secara automatik untuk satu sambungan yang terbaik. Selain itu, penghala ini mampu mengenal pasti isyarat sekeliling serta mengoptimumkan saluran WiFi daripada terhalang atau tersekat – malah ia juga dapat mempelajari habit, mengorientasi, dan membantu meningkatkan pengalaman melayari internet pengguna.

Huawei WiFi Q2 Pro hadir dengan aplikasi yang dipanggil Huawei Smart Home. Melaluinya, ia dapat penguruskan dan mengawal pelbagai mod seperti wall-to-wall, standard, dan sleep.

Daripada segi keselamatan pula, ia didatangkan dengan sokongan penyulitan WPA-PSK / WPA2-PSK selain menyokong anti-ancaman untuk firewall, DMZ, dan perlindungan DoS atau lebih dikenali sebagai serangan siber.

Huawei WiFi Q2 Pro diperkenalkan di China pada harga CNY799 atau lebih kurang RM486 seunit (tanpa dua penghala sokongan).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend