HUAWEI Watch GT 2e Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599 Comments Off on HUAWEI Watch GT 2e Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM599

Bersama-sama pelancaran siri HUAWEI P40 dan tablet HUAWEI MatePad Pro, syarikat pengeluar gergasi HUAWEI juga turut mengumumkan harga dan ketersediaan jam tangan pintar terbaru mereka.

HUAWEI Watch GT 2e akan dibuka untuk pra-tempah bermula esok, 3 April hingga 10 April 2020 pada harga RM599 seunit. Sepanjang tempoh pra-tempah, pelanggan juga ditawarkan hadiah bernilai RM69.

Pra-tempah dibuka secara atas talian di HUAWEI Online Official Store ataupun HUAWEI Flagship Store di Lazada. Jam pintar ini akan berada di bilik pameran sebaik tempoh PKP tamat kelak.

Baca lebih lanjut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend