HUAWEI Watch GT 2e Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Hari Akan Turut Dilancarkan Comments Off on HUAWEI Watch GT 2e Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 14 Hari Akan Turut Dilancarkan

Sebagaimana yang kita sedia maklum, HUAWEI akan melancarkan siri P40 secara rasmi pada 26 Mac ini di Paris. Selain daripada telefon pintar, HUAWEI juga dilaporkan akan turut memperkenalkan jam tangan pintar terbaharunya dalam acara tersebut.

Menurut portal winfuture, HUAWEI Watch GT 2e akan turut dilancarkan secara rasmi. Berdasarkan imej yang tertiris, Watch GT 2e akan menampilkan pembaharuan rekaan berbanding Watch GT2, tetapi masih mampu menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 jam.

HUAWEI Watch GT 2e akan menampilkan skrin AMOLED 1.39 inci beresolusi 454 x 454 piksel, dan ia akan dikuasakan dengan Hi1132 dengan sokongan ARM Cortex-M3 untuk penjimatan tenaga. Ia juga menyokong storan dalaman 4GB dan juga sambungan Bluetooth 5.1.

Buat masa ini harga jualan HUAWEI Watch GT 2e tidak lagi didedahkan kepada umum, dan ia akan hanya diumumkan dalam acara pelancaran yang akan berlangsung pada 26 Mac nanti.

Spesifikasi HUAWEI Watch GT 2e:

  • HiSilicon Hi1132
  • 1.39 inci AMOLED, 454 x 454 piksel
  • 16GB RAM + 4GB
  • Bluetooth 5.1
  • Barometer, Acceleration sensor, Gyroscope, Compass (digital), Heart Rate Measurement, Pedometer, Motion sensor, Microphone
  • GPS, Voice control, Kilocalorie measurement, Sleep tracking, Heart Rhythm Monitor, Waterproof
  • 455mAh
  • 53 x 10.8 x 46.8mm / 25g

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend