HUAWEI Watch GT 2 Diperkenalkan Dengan Cipset Kirin A1 Yang Lebih Efisien Tenaga Dan Sambungan Lebih Jauh Comments Off on HUAWEI Watch GT 2 Diperkenalkan Dengan Cipset Kirin A1 Yang Lebih Efisien Tenaga Dan Sambungan Lebih Jauh 227

Generasi pertama HUAWEI Watch GT yang diperkenalkan pada tahun lepas terbukti telah berjaya mendapat sambutan yang sangat positif apabila lebih 3 juta unit telah berjaya dijual dalam tempoh 10 bulan untuk pasaran global. Jadi bagi memenuhi permintaan peminatnya, HUAWEI telah memperkenalkan generasi kedua jam tangan pintar keluarannya dengan kemunculan HUAWEI Watch GT 2.

 

Sama seperti sebelum ini, Watch GT 2 turut diperkenalkan dalam dua saiz iaitu 46mm dengan sokongan paparan skrin HD OLED Display berukuran 1.39 inci yang menjanjikan keterangan maksimum mencecah sehingga 1000 nits. Berbeza dengan rekaan sebelum ini, Watch GT2 46mm telah menampilkan rekaan bezel jenis kaca 3D yang memiliki permukaan rata, termasuk pada permukaan jamnya.

Manakala Watch GT 2 42mm pula lebih sesuai digayakan oleh golongan wanita kerana ia menampilkan rekaan kerangka jam yang lebih nipis, dengan berat hanya 29g sahaja. Malah rekaan paparan skrinnya juga kini tampil lebih moden dan elegan, dan ini dikombinasikan lagi dengan sokongan pelbagai pilihan muka jam dan juga tali jam yang menarik.

Watch GT 2 telah dikuasakan oleh cipset baharu Kirin A1 yang merupakan cip peranti boleh pakai pertama di dunia menyokong Bluetooth Low Energy 5.1. Selain menjanjikan penggunaan tenaga lebih efisien, ia juga memastikan jarak sambungan 2x lebih jauh. Penerimaan panggilan masuk juga lebih mudah kerana ia tersedia dengan speaker dan mikrofon yang boleh digunakan sehingga 150 meter dari jarak telefon pintar anda berada.

HUAWEI Watch GT 2 akan dijual bermula Oktober 2019 nanti pada harga €249 (~RM1,150) untuk varian 46mm, dan varian 42mm pula ditawarkan pada harga €2209 (~RM1,058).

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend