HUAWEI Watch GT 2 Dilancarkan Dalam Saiz 42mm Dan 46mm Pada Harga Bermula Daripada RM799 Comments Off on HUAWEI Watch GT 2 Dilancarkan Dalam Saiz 42mm Dan 46mm Pada Harga Bermula Daripada RM799

Serentak dengan majlis pelancaran HUAWEI Mate 30 dan juga Mate 30 Pro semalam, HUAWEI Malaysia turut melancarkan jam tangan pintar generasi baharunya dengan penawaran HUAWEI Watch GT 2 untuk pasaran tempatan.

Sama seperti sebelum ini, terdapat dua varian atau saiz diperkenalkan untuk Watch GT 2 ini iaitu 46mm, dan juga 42mm yang lebih sesuai digayakan oleh golongan wanita. HUAWEI Watch GT 2 46mm telah tersedia dalam dua varian pilihan iaitu Pebble Brown dengan tali kulit berharga RM899, manakala Matte Black dengan tali silikon pula berharga RM799.

HUAWEI Watch GT 2 42mm juga turut ditawarkan dalam dua varian yang menampilkan sentuhan warna kerangka yang berbeza iaitu Refined Gold berharga RM899, dan juga Lake Cyan berharga RM799. Menjanjikan ketahanan bateri sehingga 2 minggu, HUAWEI Watch GT 2 menyokong skrin sentuh AMOLED, dikuasakan dengan cipset Kirin A1, dan juga ketahanan air sehingga 5ATM.

Selain HUAWEI Watch GT 2, HUAWEI Band 4 yang akan dijual pada harga RM139 turut dilancarkan secara rasmi dalam dua warna pilihan iaitu Sakura Pink dan juga Graphite Black. Walau bagaimanapun buat masa ini tarikh jualan HUAWEI Watch GT 2 dan HUAWEI Band 4 di Malaysia masih lagi belum didedahkan secara rasmi.

Pra-tempah HUAWEI Watch GT 2 dan HUAWEI Band 4 di HUAWEI Online Official Store bermula hari ini:

Baca juga:

HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Akan Dijual Pada Harga RM2799 Dan RM3899

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend