HUAWEI Vision Adalah TV Pintar Dengan Skrin 4K Bersama Sokongan AI Dan Kamera Comments Off on HUAWEI Vision Adalah TV Pintar Dengan Skrin 4K Bersama Sokongan AI Dan Kamera 327

Dalam acara pelancaran Mate 30, Mate 30 Pro, Mate 30 RS, dan Watch GT 2, Richard Yu turut memperkenalkan TV pintar keluaran pertama syarikat kepada umum.

Dinamakan HUAWEI Vision, televisyen ini menjalankan sistem operasi HUAWEI tersendiri iaitu Harmony OS. Ia sama seperti TV yang diumumkan oleh HONOR sebelum ini dan untuk pengetahuan anda, TV ini menyokong teknologi AI yang sama seperti terdapat di telefon pintar masa kini.


Ciri AI ini dapat membantu pengguna menonton TV dengan lebih selesa melalui sokongan penapis Blue Light dan disampingnya juga terdapat sokongan arahan suara bagi mengawal TV. Jika arahan suara sudah menjadi perkara biasa, perkara yang luar biasa adalah TV ini memiliki kebolehan untuk mengecam wajah, mengawal pembesar suara dan mengesan pengguna. Alat kawalan TV ini dilengkapi dengan pad sesentuh dan port USB-C untuk pengecasan.


HUAWEI menawarkan HUAWEI Vision dalam empat varian iaitu dengan saiz 65-inci dan 75-inci sebagai permulaan, sementara 55-inci dan 85-inci akan berada di pasaran China tidak lama selepas itu.

Tiada maklumat mengenai ketersedian HUAWEI Vision untuk pasaran di luar China tetapi kami menganggap ia lebih kepada had batasan pada sistem operasi Harmony OS untuk kegunaan global memandangkan HUAWEI dihimpit konflik perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend