Huawei Umum Barisan Pertama Telefon Pintar Keluarannya Yang Akan Terima Kemas Kini Android 10 Q Comments Off on Huawei Umum Barisan Pertama Telefon Pintar Keluarannya Yang Akan Terima Kemas Kini Android 10 Q

Di dalam acara Google I/O 2019 yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini telah menyaksikan Huawei Mate 20 Pro sebagai salah satu daripada 15 model yang akan menerima kemas kini Android 10 Q beta. Huawei nampaknya lebih komited dalam menjanjikan kemas kini terbaharu melalui pengumuman senarai peranti pertama keluarannya.

Berdasarkan seanrai yang dikongsikan, kemas kini versi stabil EMUI 10 berasaskan Android 10 Q akan ditawarkan untuk enam model keluarannya iaitu Huawei Mate 20, Huawei Mate 20 X, Huawei Mate 20 Pro, Huawei Mate 20 Porsche Design, Huawei P30 dan juga Huawei P30 Pro. Selain itu, Honor View20 dan juga Honor Magic 2.

Sungguhpun begitu, memandangkan Android 10 Q akan hanya dilancarkan secara rasmi sehingga bulan Ogos 2019 nanti, maka ketersediaan kemas kini untuk model yang disenaraikan ini mungkin akan diterima sekitar hujung tahun 2019 atau awal tahun 2020 nanti.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Tersenarai Sebagai Salah Satu Daripada 15 Model Yang Layak Terima Android Q Beta

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend