HUAWEI Tidak lagi Menerima Sekatan Untuk Berurus Niaga Dengan Syarikat Dari AS – Donald Trump Comments Off on HUAWEI Tidak lagi Menerima Sekatan Untuk Berurus Niaga Dengan Syarikat Dari AS – Donald Trump 770

Melalui pertemuan dan juga perbincangan antara Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat (AS) di dalam Sidang Kemuncak G20 2019 di Jepun, Trump akhirnya telah membenarkan syarikat yang berpangkalan di AS seperti Microsoft, Intel, ARM, dan Micron untuk meneruskan perniagaan mereka dengan pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia iaitu HUAWEI.

Semasa menyampaikan sidang akhbar di sidang kemuncak itu, Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah bersetuju untuk membenarkan syarikat dari negaranya untuk menjual semula produk keluaran mereka ke negara luar, namun ia merupakan satu perkara yang sangat rumit dan tidak mudah untuk diambil.

Menurut Trump, keputusan ini telah diambil berikutan syarikat yang berpangkalan di AS telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan sekatan perdagangan yang telah dikenakan terhadap HUAWEI. Perkara itu secara tidak langsung telah mengakibatkan syarikat dari AS yang terlibat telah mengalami penurunan perolehan yang sangat ketara.

Sungguhpun begitu, sekatan perdangangan terhadap produk keluaran HUAWEI seperti telefon pintar, komputer riba, tablet dan juga teknologi infrastruktur komunikasi masih lagi kekal aktif untuk pasaran di Amerika Syarikat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend