Huawei Themes Menawarkan Sokongan Tema Dengan Antaramuka Lockscreen Dinamik Comments Off on Huawei Themes Menawarkan Sokongan Tema Dengan Antaramuka Lockscreen Dinamik

Bosan dengan antaramuka asal telefon pintar anda?! Bagi pemilik peranti Huawei dan Honor, anda boleh menukar tema peranti dengan lebih mudah dengan aplikasi pra-pasang Huawei Themes. Dengan penawaran pelbagai tema berbayar dan percuma, ia akan menukar penampilan imej latar, ikon dan juga penampilan peranti.

Antara Huawei Themes yang menyokong antaramuka dinamik.

Lebih menariknya, ada di antara tema yang ditawarkan menyokong antaramuka lockscreen dinamik yang membolehkan anda mengakses pelbagai aplikasi dengan lebih mudah dan cepat, terus di lockscreen. Antara tema dengan sokongan antaramuka dinamik ini termasuklah Bright Black EN, special stars, UDesign, dan juga Mylafe-Mechanical style.

Huawei Themes – special stars
Huawei Themes – UDesign

Melalui aplikasi Huawei Themes ini juga, anda boleh turut memuat turun pelbagai tema berbayar pada harga istimewa melalui ruangan ‘Weekly promotion’.

Huawei Themes – Weekly Promotion

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend