HUAWEI Tersenarai Di Tangga Ke-7 Sebagai Salah Satu Daripada Jenama Teknologi Paling Bernilai Di Dunia Comments Off on HUAWEI Tersenarai Di Tangga Ke-7 Sebagai Salah Satu Daripada Jenama Teknologi Paling Bernilai Di Dunia 245

Diperkenalkan sejak 32 tahun yang lalu, HUAWEI pada awal pembabitannya telah menceburi industri rangkaian telekomunikasi dan kini ia telah diiktiraf sebagai pengeluar produk telekomunikasi terbesar dunia. Malah jenama itu juga kini turut dinobatkan sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia, mengatasi kedudukan Apple.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh Brand Finance selaku perunding strategi dan penilaian jenama yang terkemuka, HUAWEI telah berjaya disenaraikan di tangga ke-7 sebagai salah satu daripada jenama teknologi paling bernilai di dunia iaitu mencecah lebih USD62 bilion (~RM256.76 bilion). Manakala lima tangga teratas telah didominasi oleh jenama dari AS iaitu Amazon, Apple, Google, Microsoft, dan juga Facebook.

Menariknya HUAWEI merupakan satu-satunya jenama pengeluar telefon pintar yang berjaya mencatatkan peningkatan yang sangat drastik iaitu mencecah sehingga 63.7%. Jenama Apple yang berada di tangga kedua hanya mencatatkan peningkatan nilai sebanyak 5%, dan Samsung pula memperlihatkan kejatuhan nilai jenama sebanyak 3.6% berbanding tahun sebelumnya.

sumber

Baca juga:

Huawei Kembali Rampas Kedudukan Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia

Siri HUAWEI Nova Dijangka Capai Angka Pengedaran Cecah 100 Juta Unit Menjelang Hujung Julai 2019

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend