Huawei Terima Lesen Sementara Untuk Menggunakan Android Sehingga 19 Ogos 2019 Comments Off on Huawei Terima Lesen Sementara Untuk Menggunakan Android Sehingga 19 Ogos 2019

Sejak semalam, kita dibanjiri dengan berita Huawei yang mana pengguna jenama berkenaan mula tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada telefon pintar mereka selepas penarikan lesen Android oleh Google ini.

Persoalan itu telah terjawab hari ini apabila pihak Huawei mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan pengguna telefon pintar Huawei dan Honor akan ditawarkan kemas kini keselamatan pada masa akan datang. Bagaimanapun penawaran ini tidaklah kekal kerana menurut laporan terbaru reuters, Huawei telah diberikan lesen sementara oleh Jabatan Kewangan Amerika Syarikat untuk menggunakan ekosistem Android sehingga 19 Ogos tahun ini.

Baca juga: Kenyataan Rasmi: Huawei Akan Pastikan Setiap Telefon Pintar Sedia Ada Menerima Kemas Kini

Lesen terhad ini dikeluarkan adalah bertujuan untuk Huawei menyediakan kemas kini sepatutnya kepada pengguna sedia ada. Disamping itu, Huawei turut diberikan jalinan sementara dengan syarikat-syarikat di A.S untuk bekerjasama menyalurkan teknologi dan mendapatkan perkakasan daripada Intel dan Qualcomm sebagai contoh.

Tempoh kurang dari empat bulan ini juga dapat memberi laluan kepada Huawei untuk bersiap sedia dengan sistem operasi mereka sendiri. Khabarnya “HongMeng” adalah nama kod untuk OS sulung daripada Huawei. Bilakah ia akan dilepaskan? masih belum ada petunjuk setakat ini.

Baca juga:

Huawei Telah Kehilangan Akses Kepada Android Dan Google

Tiada Kemas Kini EMUI Terbaru Untuk Peranti Huawei Selepas Google Hentikan Sokongan Perisian

Peranti Huawei Sedia Ada Masih Diberikan Akses Kepada Perkhidmatan Google Play Dan Google Play Protect

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend