HUAWEI Sound X Berharga RM1,299 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 16 Mei 2020 Comments Off on HUAWEI Sound X Berharga RM1,299 Akan Mula Dijual Di Malaysia Pada 16 Mei 2020

Diberikan secara percuma dengan pembelian HUAWEI MateBook X Pro, speaker pintar AI HUAWEI Sound X ini juga boleh dibeli secara berasingan pada harga RM1,299 bermula 16 Mei 2020 untuk pasaran tempatan.

Menampilkan rekaan moden dengan kualiti audio premium hasil sentuhan pakar audio dari Perancis iaitu Devialet, HUAWEI Sound X merupakan speaker Bluetooth rumah pertama dilengkapi dengan sokongan dwi subwoofer untuk pengalaman bunyi terbaik.

HUAWEI Sound X yang memenangi anugerah iF Design Award 2020 tersedia dengan teknologi Speaker Active Matching yang telah dipatenkan oleh Devialet, dan ia mampu menghasilkan bunyi bes serendah 40Hz yang membolehkan anda merasai sendiri getaran yang dihasilkan apabila muzik dimainkan.

Dilengkapi dengan enam buah tweeter penuh, HUAWEI Sound X mampu menjanjikan bunyi keliling 360 darjah dengan sentuhan teknologi Hi-Res Audio. Sokongan OneHop Audio Sharing bukan sahaja memudahkan sambungan telefon pintar Android dengan satu sentuhan, tetapi mod senyap juga boleh diaktifkan dengan menutup bahagian atas speaker dengan tangan.

HUAWEI Sound X tersedia dalam warna Starry Night boleh dimiliki secara eksklusif melalui HUAWEI Online Official Store bermula 16 Mei 2020 pada harga jualan RM1,299.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend