HUAWEI Siri P40, MatePad Pro Dan Watch GT 2e Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 April 2020 Comments Off on HUAWEI Siri P40, MatePad Pro Dan Watch GT 2e Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 April 2020

Selepas seminggu HUAWEI melancarkan telefon pintar terbaharunya daripada siri P40 dan juga jam tangan pintar terbaharunya iaitu Watch GT 2e untuk pasaran global, hari ini HUAWEI Malaysia telahpun mengesahkan kehadiran perantinya itu untuk pasaran tempatan.

Dijadualkan akan berlangsung pada 2 April 2020 bermula jam 6 petang, majlis pelancaran rasmi ini akan dibuat melalui penstriman langsung di laman rasmi HUAWEI di Facebook, Twitter serta YouTube.

Selain itu, majlis pelancaran ini juga boleh ditonton melalui pelbagai saluran berbeza termasuklah saluran penyiaran TV iaitu TV3, NTV7 dan TV8, platform Facebook BH Online, Harian Metro, Oh Bulan, TV3, New Straits Times, NTV7, Says, TV8, RojakDaily, dan juga Facebook rakan kongsi seperti Courts, Harvey Norman, dan Senheng.

Selain melancarkan tiga peranti terbaharunya, HUAWEI juga akan turut mengumumkan ‘Pelan Kemajuan AppGallery Malaysia’, dan juga ‘Pelan Perkhidmatan Selepas Jualan’.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend