‘Huawei Service Day’ Menjanjikan Harga Alat Ganti Yang Lebih Murah Tanpa Caj Pemasangan Di Tiga Pusat Servis Terpilih – 2 Hingga 9 Januari 2019 Comments Off on ‘Huawei Service Day’ Menjanjikan Harga Alat Ganti Yang Lebih Murah Tanpa Caj Pemasangan Di Tiga Pusat Servis Terpilih – 2 Hingga 9 Januari 2019

Bersempena menyambut ketibaan tahun 2019 dan dalam masa yang sama menghargai pelanggannya, Huawei Malaysia telah menganjurkan ‘Huawei Service Day’ bermula 2 hingga 9 Januari 2019.

Sepanjang tempoh tersebut, pelanggan yang ingin menukar alat ganti telefon pintar untuk model Huawei terpilih boleh mendapatkan potongan harga sehingga 45%. Menurut Huawei Malaysia, harga untuk alat ganti terpilih ini juga akan terus dikekalkan walaupun selepas tempoh yang dinyatakan.

Lebih menariknya, setiap penukaran alat ganti yang dibuat juga tidak akan dikenakan sebarang caj pemasangan dan pelanggan hanya perlu membayar harga alat ganti itu sahaja. Malah selepas membuat penukaran alat ganti, pelanggan boleh menghantar komen di perkongsian berkaitan di Facebook Huawei Malaysia untuk berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Klik untuk besarkan

Terdapat tiga pusat servis Huawei Malaysia mengambil bahagian untuk acara ‘Huawei Service Day’ ini iaitu Pavilion Elite (Kuala Lumpur), Sunway Pyramid (Selangor) dan juga Taman Molek (Johor). Untuk maklumat lanjut sila layari https://consumer.huawei.com/my/support/service-day/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend