HUAWEI Senaraikan Enam Lagi Peranti Dalam Jadual Android Q Comments Off on HUAWEI Senaraikan Enam Lagi Peranti Dalam Jadual Android Q 485

Sekatan oleh Amerika Syarikat kepada HUAWEI masih lagi berterusan sehingga saat ini. Ia sekaligus mencacatkan pertumbuhan ekonomi HUAWEI pada masa sama memberi kesan kepada pengeluar komponen dan perisian di Amerika Syarikat.

HUAWEI juga telah melakukan yang terbaik dan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan membangunkan sistem operasi tersendiri untuk telefon pintar akan datang. Selain daripada itu, HUAWEI juga telah berjanji akan terus memberikan kemas kini terbaru untuk telefon pintar sedia ada.

Terkini, mereka telah menambah enam lagi model peranti sedia ada dalam jadual Android Q.

  • HUAWEI Mate 10
  • HUAWEI Mate 10 Pro
  • HUAWEI Mate 10 Porsche Design
  • HUAWEI Mate 20 Lite
  • HUAWEI Mate 20 RS Porsche Design
  • HUAWEI Mate 20 X

Memetik laporan daripada sumber, perkara ini telah disahkan melalui akaun Twitter @HuaweiMobileESP dua hari lepas. Bagaimanapun, selepas semakan dibuat, kicauan tersebut telahpun dipadam. Untuk negara lain termasuk Malaysia, tiada pengumuman dibuat lagi.

Baca juga:

Intel, Microsoft Dan Micron Merupakan Antara Syarikat AS Yang Kembali Jalin Kerjasama Dengan Huawei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend